Pembantu kedai maut motosikal bertembung kereta

Kemalangan di Kampung Bakong, Dalam Wang, Jalan Batu 42- Tanjung Pari yang menyebabkan seorang pembantu kedai maut. Gambar kecil: Nor Hidayah Muhammad Khamari
Kemalangan di Kampung Bakong, Dalam Wang, Jalan Batu 42- Tanjung Pari yang menyebabkan seorang pembantu kedai maut. Gambar kecil: Nor Hidayah Muhammad Khamari
A
A
A

BALING - Seorang pembantu kedai maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung sebuah kereta dalam kejadian di Kampung Bakong, Dalam Wang, Jalan Batu 42 - Tanjung Pari di sini semalam.

Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, Nor Hidayah Muhammad Khamari, 39, yang menunggang motosikal jenis Yahama Ego meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, siasatan mendapati motosikal ditunggang mangsa bersama seorang remaja berusia 18 tahun dari arah Batu 42, Baling menghala ke arah Kampung Weng.

"Apabila sampai di tempat kejadian, sebuah kereta dipandu seorang wanita yang juga pekerja kilang telah keluar simpang di sebelah kiri jalan secara mengejut menyebabkan mangsa terlanggar di bahagian hadapan sebelah kanan kenderaan itu.

"Akibat kemalangan tersebut, mangsa dan pembonceng motosikal telah terpelanting jatuh di atas jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng hanya mengalami cedera ringan dan telah dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan lanjut.

"Mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat yang dijalankan jam 8 malam semalam dan punca kematian belum diketahui.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!