MBI bantu bersihkan rumah 'cikgu'

Pihak MBI membantu membersihkan rumah cikgu yang dilaporkan dipenuhi sampah sarap hasil kutipannya setiap hari.
Pihak MBI membantu membersihkan rumah cikgu yang dilaporkan dipenuhi sampah sarap hasil kutipannya setiap hari.
A
A
A

IPOH - Hampir satu tan sampah diangkut ketika kerja pembersihan dijalankan di rumah milik seorang pesara guru di Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini hari ini.

Operasi yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bermula pada jam 7.30 pagi itu menggunakan lima lori untuk mengangkut sampah yang terkumpul di hadapan rumah warga emas berusia 63 tahun itu.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, pembersihan dijalankan di pekarangan dan luar rumah sebelum diteruskan di dalam rumah yang dipercayai turut ditimbuni sampah sebelum diasing dan dijual di pusat kitar semula berhampiran.

Operasi membersihkan sampah setinggi dua meter rumah cikgu dimulakan oleh pihak MBI sejak jam 7.30 pagi. - Foto MBI
Operasi membersihkan sampah setinggi dua meter rumah cikgu dimulakan oleh pihak MBI sejak jam 7.30 pagi. - Foto MBI

"Hari ini kita bersihkan keseluruhan rumahnya dan kita juga mendapat persetujuannya untuk meninjau keadaan dalam rumah dan jika ada sampah, kita akan bersihkan kerana tidak mahu masalah tikus dan nyamuk yang membahayakan kepada kesihatan dirinya dan komuniti setempat.

"Kita mahu dia hidup dalam suasana sihat. Jika luar bersih tetapi dalam rumah pula sebaliknya, ia tidak menjamin persekitaran baik untuknya" katanya ketika ditemui selepas meninjau operasi pembersihan itu di sini.

Menurutnya, hasil perbincangan bersama wanita yang dipanggil cikgu itu, hobinya yang mengumpul barangan kitar semula boleh diteruskan di tiga pusat kitar semula berhampiran tanpa mengotorkan lagi rumahnya.

Artikel Berkaitan:

Wan Norashikin (tengah) meninjau operasi oembersihan rumah cikgu. - Foto MBI
Wan Norashikin (tengah) meninjau operasi oembersihan rumah cikgu. - Foto MBI

"Kita menasihati beliau yang hobinya itu boleh buat setelah berbincang dengan pemilik kitar semula, dia boleh bawa ke sana dan buat di situ (pengasingan) dan bukan lagi di sini (rumah).

"Jika perbuatannya itu berulang, pihak MBI akan ambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," katanya.

Wan Norashikin berkata, pihaknya akan meneruskan sesi kaunseling kepada wanita terbabit supaya dapat menguruskan diri sendiri agar sentiasa bersih.

Jengkaut turut digunakan dalam menbawa keluar sampah-sampah yang terkumpul di perkarangan rumah cikgu.
Jengkaut turut digunakan dalam menbawa keluar sampah-sampah yang terkumpul di perkarangan rumah cikgu.

"Bagi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kita bersama pihak MBI akan beri kaunseling berterusan untuk beliau menguruskan diri dan sentiasa dalam keadaan bersih.

"Kita harap selepas ini hubungannya dengan keluarga serta masyarakat akan lebih baik dan boleh membina suasana sejahtera. Bagi jangka panjang dia juga boleh bekerja secara sukarela kerana minatnya dalam pengasingan kotak, botol dan plastik untuk di kitar semula," katanya.

Katanya, kejiranan setempat diminta memainkan peranan memantau perbuatannya itu agar persekitaran bersih dapat dikekalkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 10 tahun 'cikgu' hidup dalam sampah

Kerajaan Perak sedia bantu 'cikgu' jalani kehidupan sihat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!