'Tiga kali dengar orang jerit minta tolong'

Mangsa bot yang karam di Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat semalam ditemui dalam keadaan terapung berpaut pada pelampung putih.
Mangsa bot yang karam di Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat semalam ditemui dalam keadaan terapung berpaut pada pelampung putih.
A
A
A

TANJUNG SEPAT - "Saya dengar orang jerit minta tolong semasa kami dalam perjalanan pulang dari memancing," kata Mohd Saufi Yusof, 28, yang menceritakan detik cemas selepas berjaya menyelamatkan seorang mangsa bot karam di Pantai Batu Laut di sini semalam.

Menurutnya, ketika itu dia bersama empat rakannya dalam perjalanan pulang dari memancing.

"Tiba-tiba saya terdengar orang menjerit 'tolong' dengan nada yang kuat. Cuma waktu itu kami tidak nampak langsung sesiapa di lokasi terbabit.

"Selang tiga minit, terdengar sekali lagi jeritan 'tolong' dan masa itu terus rasa tak sedap hati. Saya panjat atas bot dan tengok sekeliling sebelum nampak pelampung putih.

"Masa itu sekali lagi saya terdengar jeritan meminta tolong sebelum kami terus menuju ke arah jeritan itu dan melihat mangsa dalam keadaan terapung berpaut pada pelampung putih," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Mohd Saufi berkata, mangsa yang dalam keadaan lemah kemudian telah dibawa naik ke dalam bot.

Salah seorang mangsa bot karam di Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat, semalam berjaya diselamatkan sekumpulan pemancing yang melalui kawasan terbabit.
Salah seorang mangsa bot karam di Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat, semalam berjaya diselamatkan sekumpulan pemancing yang melalui kawasan terbabit.

Tambahnya, dia kemudian segera menghubungi bapanya yang berada di darat untuk mendapatkan bantuan dari Balai Polis Tanjung Sepat sebelum bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan pihak ambulans.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, menceritakan lebih lanjut berkenaan insiden itu, dia yang sempat bertanya kepada mangsa mengatakan, bot dinaiki mangsa karam pada jam 10 pagi sebelum ditemui kira-kira jam 4.50 petang.

"Bayangkan berapa lama mangsa berpaut pada pelampung dan masa itu mangsa juga mengatakan bapanya telah tenggelam.

"Ini adalah kejadian pertama dilalui saya sepanjang pengalaman memancing di kawasan tersebut," katanya.

Terdahulu, mangsa berusia 40 tahun bersama bapanya, Ab Rahman Mat Kasim, 66, keluar merawai ikan pada jam 8 pagi sebelum bot dinaiki mereka karam. Lebih memilukan, bapa mangsa dikhuatiri lemas dan usaha mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan pihak penyelamat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!