Pertikaian sistem undi pos Presiden AS

Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat dijangka menerima bilangan undi pos unutk pilihan raya Presiden yang banyak berikutan pandemik Covid-19 melanda negara itu. - Foto AFP (Ini adalah gambar di Facebook yang menunjukkan sampul surat untuk permohonan undi pos dihantar kepada seorang warga emas yang sudah meninggal dunia di New Mexico. - Foto AFP)
Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat dijangka menerima bilangan undi pos unutk pilihan raya Presiden yang banyak berikutan pandemik Covid-19 melanda negara itu. - Foto AFP (Ini adalah gambar di Facebook yang menunjukkan sampul surat untuk permohonan undi pos dihantar kepada seorang warga emas yang sudah meninggal dunia di New Mexico. - Foto AFP)
A
A
A

Khabar angin bertiup kencang tentang kemungkinan sistem pos pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) terdedah kepada penipuan. Ini adalah kerana terdapat undi-undi pos yang dialamatkan kepada rakyat AS yang sudah meninggal dunia atau kepada bekas warganegara AS yang tinggal di negara itu.

Bagaimanapun, dakwaan seumpama itu yang disiarkan di media sosial dikatakan sebenarnya tidak tepat dan bertujuan untuk menjejaskan keyakinan para pengundi terhadap pilihan raya Presiden AS yang akan berlangsung pada 3 November ini.

"Ganjil bagaimanakah perkara ini boleh berlaku," kata Donald Trump Jr. iaitu anak Presiden AS, Donald Trump.

Beliau yang membuat kenyataan di Twitter berkongsi gambar yang menunjukkan lapan kertas undi yang didakwa tersilap hantar ke sebuah apartmen di Washington DC.

"Siapa yang akan menghentikan seseorang daripada mengisi semua ini (undi pos) dan kembalikannya semula? soalnya di laman sosial tersebut. Jawapannya ialah jelas dan mudah.

Sistem undi pos itu mempunyai perlindungan tersendiri seperti pengesahan tandatangan yang dilakukan oleh mesin atau secara manual di beberapa buah daerah manakala pakar-pakar pula mengakui ia sudah terbukti.

Bagaimanapun, kadangkala masalah akan juga terjadi.

Para pengguna media sosial lain telah mengulangi semula kenyataan Presiden AS dan pasukan kempennya yang menyatakan pilihan raya Presiden kali ini akan menjadi satu 'penipuan' kerana terdapat ramai pengundi pos daripada anggota parti Demokrat.

Artikel Berkaitan:

Berbeza dengan dakwaan Trump bahawa ancaman terbesar ialah kemungkinan ia kurang dikira kerana undian boleh ditolak jika para pengundi didapati telah mengubah tandatangan mereka.

Para pengundi mungkin tidak akan mengundi dan hilang kepercayaan terhadap sistem undian pos yang merupakan satu keputusan yang membawa maksud sebagai menghalang pengundi daripada melakukan undian.

Hantaran yang dilakukan oleh Trump Jr. di Twitter itu adalah sebenarnya merujuk kepada dakwaan yang dibuat seorang rakannya yang menerima lapan kertas undi dan kesemuanya dialamatkan kepada penghuni-penghuni yang tinggal di apartmen tersebut sebelum ini.

Ia berlaku disebabkan oleh tindak balas berikutan berlakunya pandemik koronavirus (Covid-19), Lembaga Pilihan Raya DC (DCBOE) telah memutuskan untuk menghantar undian pos kepada pengundi yang berdaftar secara automatik.

Penghantaran itu termasuklah kepada penghuni-penghuni sebelum ini yang tidak mendaftarkan perubahan alamat kediaman mereka.

Namun, alasan lain ialah, undi pos itu tidak dapat dihantar ke tempat tinggal sebenar mereka, kata jurucakap untuk DCBOE.

Tangkap layar menunjukkan gambar dihantar oleh Donald Trump Jr. iaitu anak kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Facebook baru-baru ini yang mempersoalkan tentangan undi pos di negara itu. - Foto AFP
Tangkap layar menunjukkan gambar dihantar oleh Donald Trump Jr. iaitu anak kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Facebook baru-baru ini yang mempersoalkan tentangan undi pos di negara itu. - Foto AFP

"Jawapan yang mudah adalah ia (penipuan undi pos) tidak akan berlaku. Kami mempunyai bentuk tandatangan yang sah. Jika undi pos itu tidak ditandatangani atau tandatangan tidak sama, ia (undi pos) tidak akan diproses," kata Jacobs kepada AFP.

Para pengundi boleh mengesan undian mereka melalui laman web DCOBE dan melihat sama ada tandatangan masing-masing telah diterima atau tidak.

Sementara itu satu hantaran di Facebook menyatakan: "Saya ada bukti. Datuk saya meninggal dunia pada 31 Disember 2014. Kami baharu mendapat undi posnya hari ini."

Hantaran itu disertakan dengan gambar satu sampul surat daripada Biro Pilihan Raya Daerah Dona Ana, New Mexico.

Namun, kerani daerah Dona Ana, Amanda Lopez Askin berkata, sampul surat tersebut sebenarnya menunjukkan permohonan undian pos bukannya undi pos.

"Amatlah malang, maklumat tidak betul yang berlaku secara berleluasa tentang satu satu permohonan yang tidak berbahaya dihantar untuk kemudahan pengundi sedang digunakan sebagai dakwaan berlaku penipuan undi," kata Askin.

Timbalan Pengarah Digital Common Cause, Jack Mumby menggambarkan masalah-masalah seperti alamat lama merupakan kesilapan yang telah dijangkakan berlaku dalam mana-mana sistem yang berskala besar.

"Apa yang dilakukan oleh maklumat silap itu di media sosial ialah ia memulakan perbincangan yang meletakkan orang ramai dalam keraguan tentang integriti pilihan raya kami dan terdapat juga 'pemain politik' yang cuba untuk mengeksploitasikannya untuk tujuan politik," ujarnya.

"Undi pos adalah selamat dan sedihnya sebahagian orang melihat peluang politik untuk menjejaskan keyakinan (pengundi)," katanya.

Common Cause merupakan sebuah kumpulan pemantau untuk institusi demokratik di AS.

Satu lagi hantaran di Facebook yang mendakwa seorang wanita di bandar Oak Creek, Wisconsin telah menerima dua undi pos.

Pengguna laman sosial itu menasihatkan orang ramai supaya hadir pada hari mengundi kerana undi ini akan menjadi satu penipuan!

Bagaimanapun, gambar di Facebook itu sebenarnya menunjukkan satu kertas undi pilihan raya umum AS (bukannya pilihan raya Presiden AS pada 3 November) dan ia juga disertakan sekeping gambar untuk pemilihan wakil parti politik untuk pilihan raya umum dan diadakan pada Ogos lalu, kata kerani bandar raya Oak Creek, Catherine Roeske.

Tarikh yang terdapat pada bawah sampul surat di dalam gambar berkenaan ialah Jun 2020.

"Kami tidak mempunyai kertas undi untuk ini (pilihan raya Presiden pada 3 November) sehingga 17 September," kata Roeske.

"Inilah cara khabar angin (dakwaan berlaku penipuan undi) tersebar," tambahnya.

Seorang profesor madya kejuruteraan di Universiti Negeri Ohio yang bekerja dalam projek pilihan raya berkata, masalah utama kini ialah undi pos kurang dikira kerana tandatangan seorang pengundi boleh berubah pada setiap masa.

"Cabaran terbesar adalah berkaitan untuk tidak menggalakkan pengundi termasuk membuat pendaftaran (pengundi) menjadi terlalu sukar, tidak selamatnya pendaftaran pengundian dan amalan serta undang-undang yang menyasarkan golongan minoriti," katanya.

Dalam pada itu, jurucakap kerajaan tempatan Daerah Middlesex New Jersey, Kimberly Burnett berkata, tandatangan palsu untuk pemulangan undi akan dikenal pasti oleh kakitangan Lembaga Pilihan Raya apabila mereka melakukan pemeriksaan terhadap tandatangan. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!