Jana pendapatan bersama AlFaiz

Kilang yang beroperasi di Ibu Pejabat AlFaiz Holdings Sdn Bhd di Taman Bandar Baru, Mergong.
Kilang yang beroperasi di Ibu Pejabat AlFaiz Holdings Sdn Bhd di Taman Bandar Baru, Mergong.
A
A
A

SYARIKAT AlFaiz Holdings Sdn Bhd (AlFaiz) melalui anak syarikatnya, S Line Network Sdn Bhd komited mengeluarkan pelbagai produk untuk kegunaan seisi keluarga yang berkualiti tinggi dan mendapat kelulusan daripada pihak berwajib.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Azhar Md Yusoff berkata, setakat ini mereka telah mengeluarkan lebih 27 jenis produk berkonsepkan makanan dan minuman, makanan tambahan, penjagaan diri serta kosmetik melalui jenama Leroselle, Glups, Solid Coffee, Wyta Coffee MGuy Coffee dan sebagainya.

Katanya, semua produk tersebut diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan lain-lain agensi mengikut jenis produk.

“Semua produk ini juga dihasilkan sendiri oleh kilang milik AlFaiz yang beroperasi di bawah Swisslab Biotech Sdn Bhd, AlFaiz F&B Sdn Bhd dan Kencana Biotech Sdn Bhd yang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice),” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat AlFaiz Holdings Sdn Bhd di Taman Bandar Baru, Mergong, Alor Setar baru-baru ini.

Menurutnya, syarikat sangat teliti dalam penghasilan sesuatu produk dan akan memastikan ia mencapai tahap kepuasan pelanggan yang tertinggi.

“Sebagai contoh produk kosmetik kita seperti lipmatte dan foundation menggunakan bahan mentah yang diimport dari negara luar seperti Perancis, Itali, Jepun dan Korea.

“Ia akan diuji terlebih dahulu di makmal yang kita lantik untuk memastikan tiada bahan terlarang seperti merkuri yang akan memudaratkan pengguna,” katanya yang mempunyai seramai 14 orang ahli kimia berpengalaman di syarikatnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan AlFaiz merangkap pengurus S Line Network, Mohd Rashidi Md Din berkata, sejak produk pertama iaitu RTD Roselle dilancarkan pada tahun 2004, produk mereka mendapat sambutan daripada pengguna dan ahli.

Artikel Berkaitan:

“Setakat ini kita mempunyai lebih 1,000 ahli seluruh Malaysia dengan ahli yang paling aktif di Kelantan, Kedah dan Perlis,” katanya.

Menurutnya, penawaran pelbagai bonus dan keuntungan yang lumayan menyebabkan kebanyakan pengguna tertarik untuk mendaftar sebagai ahli ketika membuat pembelian kali pertama.

“Ini kerana sistem yang kita gunakan bukan sistem piramid, sebaliknya ia adalah sistem Pemasaran Pelbagai Peringkat (MLM) yang adil kepada semua integriti di mana setiap ahli yang bekerja kuat akan mendapat imbuhan dan kepuasan.

“Selain itu kita turut menawarkan tujuh jenis bonus kepada ahli yang berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Antara bonus berkenaan termasuk tajaan umrah dan insurans kemalangan diri yang dibayar oleh syarikat bagi tempoh setahun,” katanya.

Sebahagian produk keluaran S Line Network yang kian mendapat tempat di hati pengguna.
Sebahagian produk keluaran S Line Network yang kian mendapat tempat di hati pengguna.

Mohd Rashidi berkata, produk yang mendapat permintaan tertinggi setakat ini adalah Solid Coffee yang dihasilkan daripada daun belalai gajah, roselle dan misai kucing.

“Selain itu kita juga baru saja melancarkan cecair pembasmi kuman pada Mac lalu sebagai pilihan kepada pengguna ketika menghadapi pandemik koronavirus (Covid-19) ini.

“Keistimewaan pembasmi kuman ini adalah ia mengandungi vitamin E yang membantu merawat kulit selain mengandungi peratus alkohol sebagaimana disarankan oleh KKM.

“Selain itu, cecair ini juga sudah pasti mendapat kelulusan daripada KKM yang mana ia dapat dibuktikan melalui nombor rujukan yang terdapat di belakang botol. Walaupun baru dikeluarkan namun produk kita ini mendapat sambutan daripada ramai pihak termasuk pengusaha hotel di negeri ini,” katanya.

Mohd Rashidi berkata, dalam usaha menambah jumlah ahli dan pengguna produk terbabit, syarikat juga bakal membuka tiga cawangan menjelang November ini.

“Tiga cawangan tersebut adalah di Kota Bharu, Kelantan; Bandar Uda Utama, Johor Bahru dan di Kemaman, Terengganu.

"Insya-ALLAH dengan adanya cawangan-cawangan ini nanti, ahli-ahli berdekatan akan menerima barang mereka dengan lebih cepat berbanding sebelum ini,” katanya.

Tambahnya, selain memasarkan produk melalui ahli, pihaknya turut memberi fokus pasaran di pasar raya dan kedai runcit di daerah terpencil.

“Anak syarikat kita iaitu Al Quba Distribution Sdn Bhd bertanggungjawab mengedarkan produk ini ke lebih 500 pasar raya dan kedai runcit terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia seperti KK Mart, Guardian, Econsave, The Store, 7 Eleven, stesen minyak dan lain-lain lagi malah turut mengalu-alukan pemborong seluruh Malaysia untuk bekerjasama memasarkan produk berkenaan.

“Langkah ini membantu syarikat untuk memperkenalkan lagi produk kita kepada pelanggan dan seterusnya menjadi pilihan buat seluruh lapisan masyarakat,” katanya.

Menurutnya, selain aktif menghasilkan produk sendiri, syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan membantu usahawan yang berminat untuk menghasilkan produk Pengilang Peralatan Asal (OEM) dengan jenama sendiri.

“Kami mempunyai kepakaran dan kemudahan yang lengkap. Justeru, kami akan membantu mereka daripada awal sehingga produk siap dihasilkan termasuk mendapatkan kelulusan daripada agensi seperti KKM dan Jakim,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!