FRIM batal acara FHR@FRIM2020, tangguh kutipan medal
KEPONG - [DIKEMASKINI] Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) mengambil keputusan untuk membatalkan acara Forest Heritage Run@FRIM 2020 (FHR@FRIM2020) sementara kutipan medal yang dijadualkan berlangsung pada 10-11 Oktober lalu terpaksa ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
FRIM dalam satu kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, keputusan untuk menangguhkan edaran medal dibuat susulan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di Selangor yang membimbangkan kebelakangan ini.
"Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat (CCU) FRIM di talian 03-62797591 atau 03-62797529 atau 03162797458 atau secara e-mel di FRIM_CCU@frim.gov.my," memetik kenyataan itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!