Terus dikaitkan, doakan yang baik-baik: Arif Bahran
MESKIPUN penyanyi, Ariff Bahran, sudah menegaskan juara progam realiti Big Stage, Sarah Suhairi hanyalah teman rapatnya, namun ada segelintir peminat terus mengaitkan nama mereka.
Mendapatkan empunya badan sendiri untuk mengulas berkenaan perkara tersebut, Ariff, 21, berkata, jika masih berlanjutan dia berharap peminat dapat mendoakan yang baik buat perhubungan mereka.
"Saya rasa kami memang macam itu, rakan yang akrab.
"Orang pun dah lama mengaitkan saya dengan Sarah, lebih-lebih lagi selepas memuat naik gambar dengan dia.
"Fasal bercinta dan sebagainya orang ramai boleh doakan yang baik-baik.
"Kami juga mengharapkan perkara yang baik," ujarnya kepada Sinar Harian.
Terdahulu Ariff ditemui di EDMA 2018 ketika memenangi kategori Penyanyi Pilihan DEEJA.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!