Polis kenal pasti lelaki gelang 'pink' di stesen minyak
KLANG - Polis telah mengenal pasti seorang lelaki yang memakai gelang berwarna merah jambu (pink) berada di sebuah stesen minyak di Persiaran Batu Nilam, Bukit Tinggi di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian terbabit tular di media sosial sejak semalam memaparkan satu rakaman video berdurasi satu minit empat saat.
Menurut beliau, berdasarkan rakaman video tersebut, berlaku insiden tegur menegur di antara seorang petugas kesihatan dengan lelaki terbabit yang memakai gelang pink disyaki masih dalam tempoh kuarantin.
"Siasatan kita telah mengenal pasti lelaki berusia 30 tahun itu.
"Tangkapan akan dilakukan setelah mendapat pengesahan status bebas Covid-19 dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!