Jari hancur 'dimakan' mesin pengisar daging

No Image Caption
A
A
A

MELAKA TENGAH - Malang bagi seorang pekerja warga asing di sebuah restoran apabila pergelangan tangan kirinya termasuk ke dalam mesin pengisar daging, semalam.

Kejadian berlaku di sebuah restoran di Semabok ketika lelaki berkenaan yang juga warga Yaman sedang melakukan kerja mengisar daging kira-kira jam 5.30 petang.

Kamarulzaman (kanan) bersama kakitangan Hospital Melaka mengeluarkan pergelangan tangan mangsa yang tersepit.
Kamarulzaman (kanan) bersama kakitangan Hospital Melaka mengeluarkan pergelangan tangan mangsa yang tersepit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Timbalan Penguasa Bomba Kamarulzaman Md Din berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Hospital Melaka pada jam 5.44 petang sebelum 12 anggota termasuk pegawai bergegas ke restoran terbabit.

“Mengambil kira faktor keselamatan mangsa, kita lakukan kerja menyelamat di hospital selepas kita membuka sebahagian komponen mesin bagi memudahkan kerja menyelamat.

“Ketika mengeluarkan pergelangan tangan tersepit mangsa diberikan oksigen dan ubat penahan sakit oleh pegawai perubatan. Sebaik saja pergelangan tangannya berjaya dikeluarkan kita mendapati empat jarinya tercedera malah ada yang sudah hancur,” katanya.

Menurutnya, bomba mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengeluarkan tangan mangsa menggunakan alat pemotong mini hidraulik.

Sebaik selesai kerja menyelamat, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!