Hospital Medan Tawau dijangka beroperasi minggu depan

Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Tawau, Sabah, dijangka mula beroperasi minggu hadapan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya sedang melaksanakan mobilisasi bagi membuka hospital tersebut yang bertujuan memberikan bantuan sokongan merawat kes selain Covid-19, pembedahan trauma dan kecemasan, wad bersalin serta lain-lain.

“Hospital medan ini tidak menerima pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memerlukan rawatan kerana semalam kita telah umumkan, mereka akan berada di pusat kuarantin transit.

“Jika mereka positif akan dibawa ke hospital (untuk rawatan) seperti biasa,” katanya pada sidang akhbar secara maya dari kediamannya, menerusi Facebook Kementerian Pertahanan hari ini.

Semalam, Ismail Sabri dilaporkan berkata, hospital medan ini mempunyai kapasiti 100 katil pelbagai wad, dengan kekuatan lapan pegawai perubatan dan 54 lain-lain pangkat terdiri daripada satu komander, lima doktor pakar, tiga pegawai perubatan serta lain-lain kakitangan.

Perkara itu dilaksanakan atas keperluan menambah fasiliti perubatan bagi menangani situasi di Sabah, berikutan jangkaan peningkatan kes positif Covid-19 di negeri itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!