Giggs ada peluang kendali Red Devils
BEKAS bintang Manchester United, Ryan Giggs dilihat berpeluang untuk memikul tanggungjawab selaku pengendali bekas pasukannya.
Bekas rakan sepasukannya, Markh Hughes berkata, berdasarkan kepada rekod cemerlang Giggs di peringkat antarabangsa ketika ini selaku pengendali bagi negara kelahirannya, Wales.
"Bagi saya, Giggs berada pada kedudukan terbaik dalam kariernya selaku pengurus dan dilihat mampu memikul tanggungjawab selaku pengendali skuad The Red Devils itu suatu hari nanti.
“Dia pastinya mahu melihat peluang-peluang yang ada untuk di Old Trafford berbanding ketika jurulatih Louix Van Gaal meninggalkan United musim 2016 lalu," katanya.
Menurutnya, ketika itu Giggs bertindak selaku pemain dan juga pengurus pasukan berkenaan berikutan peninggalan Van Gaal.
“Mungkin mereka (Manchester United) merasakan kelayakan yang dimiliki Giggs ketika itu masih belum cukup kuat, tetapi jika dia mampu membawa pasukan negaranya ke kejohanan besar di Eropah seperti Euro 2020; tidak ada sebab dirinya tidak tersenarai kelak,” katanya.
Giggs menamatkan kariernya sebagai pemain bola sepak pada 2014 lalu.
Sementara itu, Hughes menyifatkan, Giggs sebagai seorang pemain yang hebat sepanjang kariernya bersama Manchester United.
“Dia (Giggs) memiliki kelebihan untuk membaca perlawanan dan membaca taktikal lawan.
“Kesemua ini juga dilihat bakal membantunya kelak dan seterusnya menjadi sebagai antara pengendali terbaik di Old Trafford jika dipilih,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!