PDRM keluarkan 5.7 juta saman sepanjang 2018

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 5.7 juta saman trafik dikeluarkan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sepanjang tahun lepas ataupun bersamaan dengan 15,000 saman sehari.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman (JSPT), Datuk Azisman Alias berkata daripada jumlah itu, hanya 25 peratus atau 1.425 juta pesalah trafik membayar saman.

“Polis mengeluarkan 15,000 saman setiap hari, saman yang dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan seperti memandu melebihi had laju dan memandu sambil menggunakan telefon,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat JSPT, Bukit Aman, di sini hari ini.

Sementara itu, Azisman berkata, bagi statistik kemalangan untuk tahun lepas, sebanyak 548,598 kes direkodkan, peningkatan 2.8 peratus berbanding 533,875 kes kemalangan pada 2017.

Bagi kes kemalangan mengikut negeri, Selangor mencatat kadar tertinggi diikuti Johor dan Kuala Lumpur.

Beliau juga berkata polis mengalu-alukan penggunaan kamera video papan pemuka kereta atau ‘dash cam’ sebagai satu cara membantu polis menyiasat pelbagai kesalahan jalan raya dan kes kemalangan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!