Yadim: Lantikan atas dasar merit

Mujahid bersalaman dengan Ahli Lembaga Pemegang Amanah selepas majlis Penyerahan Watikah Ahli Lembaga Pemegang Amanah, hari ini.
Mujahid bersalaman dengan Ahli Lembaga Pemegang Amanah selepas majlis Penyerahan Watikah Ahli Lembaga Pemegang Amanah, hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof menegaskan, pelantikan 10 daripada 12 ahli politik PH sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah (Alpa) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) adalah berdasarkan merit dan kelayakan mereka.

Mujahid berkata, kesemua yang dilantik itu mempunyai pengalaman luas yang mampu membantu Yadim mencapai objektifnya.

Menurut Mujahid kalaupun ada mana-mana mereka yang dilantik termasuk itu adalah dalam kalangan ahli politik PH, ianya hanyalah kebetulan.

"Asas pelantikan mereka berdasarkan merit dan kebetulan mereka yang punya merit yang kita nampak bersama dengan parti tertentu. Kita tak mahu ia (politik) dijadikan alasan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Asyraf Wajdi bidas lantikan Yadim

ARTIKEL BERKAITAN: PH biar DAP corakkan Yadim

Mujahid berkata, sebagai pihak yang berperanan mencadangkan nama untuk dipersetujui Perdana Menteri, sudah tentu beliau mahu mereka yang duduk dalam agensi itu terdiri daripada mereka yang mampu mendukung tiga teras utama pentadbiran Islam iaitu Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia.

"Saya tidak melantik orang yang tak boleh bawa gagasan ini. Itu adalah cara saya untuk pastikan pentadbiran JPM untuk menjaga hal ehwal Islam ini dapat membawa gagasan besar ini, itu adalah asas tindakan saya," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, kesemua lantikan itu adalah untuk disesuaikan dengan dasar yang ada kerana mereka yang mengisi jawatan itu berdasarkan kemampuan mereka.

Sementara itu, menjawab soalan pemberita ketika ditanya mengapa tidak dilantik melibatkan golongan mufti dan wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam lantikan baharu itu seperti yang menjadi tradisi dalam lantikan sebelum ini, Mujahid berkata, tidak ada sebarang syarat berhubung perkara itu.

Tiada sebarang klausa yang memestikan ahli lembaga pemegang amanah adalah dalam kalangan mufti, atau Ketua Pengarah Jakim.

"Malah Yadim duduk di bawah Jakim jadi tak perlulah Jakim ada dalam lembaga pengarah sedangkan Jakim yang memantau di peringkat atas," katanya.

Dalam pada itu, Mujahid berkata, beliau konsisten dalam menjawab isu yang dimainkan sesetengah pihak yang menuduh lantikan tersebut adalah lantikan politik selepas kerajaan mengumumkan tiada lagi lantikan politik di syarikat GLC mahupun badan berkanun.

"Ya tiada lantikan politik kalau mereka tidak layak, tapi ini bukan lantikan politik tetapi mereka memang berkelayakan. Ianya dua perkara berbeza," tegasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!