'Cikgu' tak sakit mental

Sook Khuan (duduk, kiri) menjalani ujian DASS yang dijalankan pihak PKD Kinta sambil diperhatikan Ahmad Saidi (berdiri, dua dari kiri) dan Wan Norashikin (berdiri, dua dari kanan) di rumah warga emas itu di Taman Bersatu, Simpang Pulai hari ini.
Sook Khuan (duduk, kiri) menjalani ujian DASS yang dijalankan pihak PKD Kinta sambil diperhatikan Ahmad Saidi (berdiri, dua dari kiri) dan Wan Norashikin (berdiri, dua dari kanan) di rumah warga emas itu di Taman Bersatu, Simpang Pulai hari ini.
A
A
A

IPOH - Pesara guru yang mengumpulkan sampah di sebuah rumah di Taman Bersatu, Simpang Pulai tidak mempunyai masalah mental sebaliknya perbuatan itu mungkin disebabkan tabiat warga emas tersebut.

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, Chung Sook Khuan, 63, didapati normal selepas Ujian Saringan Stres, Kebimbangan dan Kemurungan (DASS) yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kinta.

Beliau berkata, warga emas itu dapati bebas darah tinggi dan kencing manis namun pemeriksaan lanjut akan dilakukan selepas ini.

"Kita akan memujuk Sook Khuan supaya sentiasa memastikan kebersihan di kawasan persekitaran dan rumahnya. Kita bimbang jika berlaku wabak denggi atau chikugunya di sini. Setakat ini, taman perumahan ini bebas penularan wabak berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di rumah warga emas itu di Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini hari ini.

Ahmad Saidi bersama Wan Norashikin (tengah) bertanyakan sesuatu kepada Sook Khuan ketika ditemui di rumahnya di Taman Bersatu, Simpang Pulai hari ini.
Ahmad Saidi bersama Wan Norashikin (tengah) bertanyakan sesuatu kepada Sook Khuan ketika ditemui di rumahnya di Taman Bersatu, Simpang Pulai hari ini.

Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin dan Pegawai Kesihatan Daerah Kinta, Dr Asmah Zainal Abidin.

Sementara, Wan Norashikin berkata, Jabatan Kebajian Masyarakat (JKM) sudah memulakan sesi kaunseling secara berkala sebanyak tiga kali terhadap Sook Khuan dan akan diteruskan bergantung kepada perubahan tingkah lakunya.

Beliau berkata, walaupun masih lagi dengan perbuatan mengutip sampah, namun sampah tersebut dihantar terus ke pusat kitar semula di sekitar Simpang Pulai.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, kerajaan negeri menyatakan komitmen untuk mencari kaedah terbaik bagi membantu individu tersebut untuk menjalani kehidupan lebih sihat dengan tidak meneruskan lagi hobi mengutip sampah di Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini.

Terbaharu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) turut membantu membersihkan hampir 1 tan sampah yang berada di rumah warga emas itu pada 9 Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Perak sedia bantu 'cikgu' jalani kehidupan sihat

MBI bantu bersihkan rumah 'cikgu'

Lebih 10 tahun 'cikgu' hidup dalam sampah

MBI ambil tindakan terhadap 'cikgu' tinggal dalam sampah>

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!