Percaturan politik demi nafsu dan cita-cita jumud

Hantaran Muhammad Khalil Abdul Hadi di Facebooknya, hari ini.
Hantaran Muhammad Khalil Abdul Hadi di Facebooknya, hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Percaturan politik yang melanda negara ketika ini lebih kepada memuaskan nafsu dan cita-cita jumud individu dan kumpulan yang gila kuasa.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, lebih dikesalkan situasi berlaku berlaku ketika negara sedang berhadapan pandemik koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, kerajaan bertindak menstabilkan suasana politik dalam negara untuk memaksimumkan potensi pertumbuhan negara dan melonjakkan ekonomi.

“Pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) tidak mahu berpolitik secara melampau sehingga menjejaskan negara dan masa depan rakyat. Sehingga saat ini, kita lihat setiap parti yang berada di dalam PN dan MN serta pimpinannya komited, berikrar dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Usaha yang dilakukan oleh kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri dan Kabinetnya selari dengan cita-cita rakyat demi masa depan,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya.

Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok percaya PN dan MN akan bertambah kukuh untuk meletakkan kembali negara di landasan yang tepat.

“Pemulihan ekonomi, kestabilan politik, kesejahteraan dan perpaduan negara serta rakyat menjadi intipati utama PN dan MN.

“Kita perlu bersama-sama mengukuhkan perpaduan rakyat dan negara saat ini dan menolak usaha segelintir pihak yang hanya mementingkan hawa nafsu politik dan kuasa semata-mata,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!