Kematian wanita warga Indonesia tiada kaitan Covid-19

PDRM
PDRM
A
A
A

SEREMBAN - Punca kematian seorang wanita warga Indonesia yang ditemui meninggal dunia di tandas sebuah pusat membeli-belah di Seremban 2, Jumaat lalu, tiada kaitan dengan kes koronavirus (Covid-19).

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, ia berdasarkan ujian dilakukan mendapati wanita itu disahkan negatif Covid-19.

"Punca kematian disebabkan gangguan fungsi jantung.

"Justeru, kematian wanita itu kekal diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian sambil meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.

Dalam pada itu katanya, jenazah wanita itu diserahkan kepada ahli keluarganya sebaik selesai proses bedah siasat semalam.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang wanita warga Indonesia berusia 57 tahun ditemui telah meninggal dunia di dalam tandas sebuah pusat membeli-belah di Seremban 2 oleh seorang pekerja pembersihan.

Wanita itu ditemui kira-kira jam 6 petang dan jenazahnya telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk proses bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!