Arsenal miliki kualiti cabar kejuaraan EPL
BEKAS pengendali Arsenal, Arsene Wenger percaya The Gunners mampu mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam kelompok empat pasukan terbaik musim ini.
Menurut Wenger, Arsenal memiliki ramuan terbaik untuk cuba menyaingi beberapa pasukan gergasi EPL seperti Liverpool dan Manchester City selepas tampil positif pada awal saingan liga.
"Saya yakin tidak sukar untuk Arsenal mendapat lebih mata daripada yang diperoleh musim lalu. Malah, saya yakin mereka akan menamatkan liga di kedudukan empat terbaik.
"Mereka akan jadi sebuah pasukan yang mampu mencipta kejutan ini. Arsenal juga sudah berjaya mengekalkan khidmat Pierre-Emerick Aubameyang dan saya lihat mereka ada potensi untuk berjaya," katanya.
Arsenal gagal mengakhiri saingan liga dalam kelompok empat terbaik dalam empat musim berturut-turut sejak tahun 2016. Namun, The Gunners dilihat bakal kembali mencipta kembali kegemilangan selepas permulaan cemerlang dalama saingan EPL musim ini dengan tiga kemenangan dan satu kekalahan.
"(Pengurus Arsenal) Mikel Arteta perlu bijak mengawal keadaan dan terus konsisten melakukan kerjanya. Saya fikir keputusan positif yang dicapai kerana ini kerana dia menerapkan semangat yang bagus dalam pasukan," ujar Wenger.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!