Hanya mampu melihat restoran terbakar

Kebakaran melibatkan dua premis di Cabang 4 Binjai berhadapan Balai Polis Binjai, Kota Bharu pagi tadi.
Kebakaran melibatkan dua premis di Cabang 4 Binjai berhadapan Balai Polis Binjai, Kota Bharu pagi tadi.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang peniaga hanya mampu melihat restorannya yang diusahakan selama 11 tahun terbakar dalam kejadian di Cabang 4 Binjai di sini awal pagi hari ini.

Kebakaran turut memusnahkan sebuah kedai runcit bersebelahan.

Mohd Zabudin Jusoh, 54, memberitahu mengetahui kejadian itu menerusi panggilan telefon daripada seorang kenalan yang kebetulan dalam perjalanan ke masjid pada jam 6 pagi.

Katanya, dia terus bergegas ke lokasi sejauh satu kilometer dari rumahnya di Retak Kechupu, Kedai Lalat.

“Apabila sampai, saya nampak anggota bomba bersama tiga jentera sedang berusaha memadamkan api yang membakar dua premis restoran dan kedai runcit bersebelahan.

“Saya tergamam dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan barangan perniagaan sebaliknya hanya mampu melihat serta merenung api yang terlalu marak membakar keseluruhan restoran,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Katanya, semalam dia menjalankan perniagaan seperti kebiasaan bermula jam 7 pagi dan menutup operasi pada jam 12 tengah malam sebelum meninggalkan restoran dalam keadaan baik untuk pulang ke rumah.

Artikel Berkaitan:

Usaha memadamkan api marak berjaya dilakukan oleh pasukan bomba yang bermula pada jam 6.20 pagi sehingga selesai.
Usaha memadamkan api marak berjaya dilakukan oleh pasukan bomba yang bermula pada jam 6.20 pagi sehingga selesai.

“Saya tidak dapat mengagak punca kebakaran dan hanya menunggu laporan daripada Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat yang masih menjalankan siasatan.

“Saya anggarkan kerugian berjumlah RM50,000 dan ketika ini hilang punca pendapatan. Buat sementara, saya akan cuti dua hingga tiga bulan bagi memikirkan cara lain atau mungkin berniaga di pasar malam untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, El Taraff Mohd Zachariah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.05 pagi berhubung maklumat awal kebakaran premis berkenaan.

“Seramai 32 anggota dan pegawai bergegas ke lokasi bersama tiga Fire Rescue Tander, satu Tanker dan satu Pajero tiba di lokasi pada jam 6.20 pagi.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 6.34 pagi. Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad,” katanya.

Beliau berkata, kebakaran 100 peratus membabitkan dua unit premis perniagaan bahagian bangunan yang dibina daripada kayu.

“Pada masa kejadian, premis tidak berpenghuni. Taksiran kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!