Korban banjir, tanah runtuh di Sulawesi kini 78 orang
MAKASSAR - INDONESIA. Sekurang-kurangnya 78 orang terkorban dan ribuan lagi terpaksa berpindah selepas banjir dan tanah runtuh melanda pulau Sulawesi Indonesia, kata seorang pegawai hari ini.
Kira-kira 9,429 penduduk di 14 daerah dipindahkan dan kini tinggal di pusat perlindungan sementara, sekolah, khemah atau masjid.
Jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat dua kali ganda selepas pegawai pencegahan bencana berupaya mendapat akses ke daerah terpencil dan mengemas kini angkanya.
Tiga orang masih diisytiharkan hilang selepas bencana.
“Semua 14 daerah terjejas akibat banjir, namun kejadian banjir disusuli tanah runtuh hanya berlaku di Gowa," kata ketua agensi pencegahan bencana tempatan dikenali Syamsibar.
Daerah Gowa paling teruk terjejas dengan sekurang-kurangnya 45 maut. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!