Sheikh Omar jawab pertikaian lantikan
Menurut Sheikh Omar, dakwaan bahawa DAP anti Islam dan tidak iktiraf Islam sebagai agama Persekutuan adalah tidak berasas.
"Hal itu pernah beberapa kali saya nyatakan sebelum ini dan tuduhan itu tidak sah. Itu hanya satu propoganda politik yang dibuat pihak yg mahu memburukkan DAP," katanya.
Tambah beliau, sekiranya DAP bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, parti itu sudah diharamkan namun ia tidak berlaku sejak dalam pemerintahan BN.
" Tiada isu DAP anti Islam. Apa yg berlaku adalah momokan-momokan yang memburukkan DAP dan pht dalam kerangka politik sempit yang dimainkan oleh BN," katanya.
Tambahnya, dari sudut lain, masyarakat melihat dalam kalangan ahli DAP ada orang yang punya kelayakan untuk bercakap soal Islam dan ada kredibiliti untuk berada dalam sesetengah portfolio berkaitan Islam.
"Bagi saya ini satu perkembangan dakwah yang baik," katanya.
Ketika diminta memberikan reaksi berhubung kenyataan dikeluarkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung lantikannya hari ini, Sheikh Omar berkata, ianya hanya cemuhan bersifat sentimen.
"Pada saya cemuhan itu semua bersifat sentimen bukan bersifat dasar dan bukan untuk membincangkan polisi dan halatuju untuk membawa Yadim mencapai objektifnya.
"Saya takkan luangkan banyak masa untuk menjawab tohmahan yang terlalu kecil bukan perkara dasar," katanya.
Sheikh Omar memaklumkan selepas menerima surat lantikan tersebut, beliau merujuk perkara itu kepada kepimpinan parti.
"Pimpinan parti tiada masalah dan mereka kata teruskan kalau saya nak terima dan rasa tak ada masalah di peringkat parti," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:- Lantikan atas dasar merit, kebetulan ahli politik PH
- PH biar DAP corakkan Yadim
- Asyraf Wajdi bidas lantikan Yadim
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!