Dua minggu akan datang sangat kritikal kepada Malaysia: Bank OCBC

Warga Ibu Kota memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam bagi mengelak dijangkiti virus COVID-19 ketika tinjauan hari ini.- Foto Bernama
Warga Ibu Kota memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam bagi mengelak dijangkiti virus COVID-19 ketika tinjauan hari ini.- Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tempoh dua minggu akan datang, bakal menjadi cabaran kepada Malaysia selepas ia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Sabah, kata Bank OCBC.

Bank itu dalam satu nota penyelidikan semalam berkata PKPB tersebut akan dikuatkuasakan di negeri masing-masing mulai 14 hingga 27 Oktober (13 hingga 26 Oktober di Sabah) untuk mengendurkan keluk pandemik Covid-19 bagi Malaysia yang sudah mula meningkat.

"Ini dijangka akan membolehkan momentum pertumbuhan kekal pada aliran kenaikan dan menyebabkan Bank Negara Malaysia menangguhkan Kadar Dasar Semalaman pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari sehingga pada 3 November depan.

“Apa sahaja garis panduan rasmi yang mungkin, rakyat Malaysia akan mengelak daripada aktiviti massa dan sekali lagi, perbelanjaan pengguna akan terjejas," katanya.

PKPB dilaksanakan selepas moratorium pinjaman telah tamat tempoh dan isi rumah perlu menyambung semula komitmen mereka terhadap perjanjian gadai janji dan pinjaman kereta mereka.

Bank OCBC berkata, PKP akan memberikan tekanan ke atas pemulihan ekonomi pada suku keempat.

“Perbezaannya yang agak positif adalah, tidak seperti dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dibuat Malaysia pada Mac hingga April lalu, aktiviti ekonomi dibenarkan secara lebih meluas sepanjang tempoh PKP kali ini tetapi dengan sekatan penjarakan sosial.

"Kilang-kilang masih boleh menjalankan pengeluaran mereka dan pusat membeli-belah tetap dibuka untuk perniagaan," katanya.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!