KPDNHEP serbu gudang jual pakaian sukan tiruan

Antara barangan yang dirampas di empat gudang pengedaran dan penjualan pakaian berjenama di Taman Industri di Puchong, semalam.
Antara barangan yang dirampas di empat gudang pengedaran dan penjualan pakaian berjenama di Taman Industri di Puchong, semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 15 individu warga tempatan ditahan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal (KPDNHEP) bagi membantu siasatan berkaitan penjualan pakaian sukan jenama tiruan.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, kesemua mereka yang berusia antara berusia 19 hingga 26 tahun itu diserbu di empat gudang pengedaran dan penjualan pakaian berjenama di Taman Industri di Puchong semalam.

Menurutnya, KPDNHEP turut merampas barangan bernilai RM100,680 yang ditempah dari China dan jualannya dilakukan melalui tempahan biasa dan dalam talian.

"Seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 31 dan 25 tahun dipercayai pemilik perniagaan itu turut ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan media semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan bersama wakil pemilik cap dagang menemui pelbagai jenis kasut, t-shirt, jam, topi dan sport bra pelbagai jenama disyaki tiruan.

Beliau memaklumkan, kes disiasat di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!