ATM serah 100 katil kepada Penjara Reman Pulau Pinang

Penjara Reman Pulau Pinang menerima 100 buah katil daripada ATM untuk digunakan banduan yang disahkan positif Covid-19.
Penjara Reman Pulau Pinang menerima 100 buah katil daripada ATM untuk digunakan banduan yang disahkan positif Covid-19.
A
A
A

GEORGETOWN - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyerahkan 100 buah katil kepada Penjara Reman Pulau Pinang untuk kegunaan banduan yang disahkan positif koronavirus (Covid-19) semalam.

Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, Mohamed Jusoh Ismail berkata, kesemua katil itu ditempatkan di dua bangunan di penjara itu yang dijadikan pusat Covid berisiko rendah.

Menurutnya, penyerahan kemudahan itu disifatkan sebagai sumbangan yang amat berguna untuk kegunaan banduan yang disahkan positif Covid-19.

"Terima kasih kepada ATM dengan sumbangan ini yang dilihat amat berguna ketika kita sedang berhadapan dengan wabak Covid ini. Pada waktu ini, keadaan dalam penjara baik dan semua urusan berjalan lancar.

"Jumlah keseluruhan 159 (tidak termasuk yang meninggal dunia) kini ditempatkan di dua bangunan kosong dan tidak digunakan yang dijadikan pusat Covid berisiko rendah. Bangunan tersebut terletak agak jauh dari bangunan banduan lain," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Mengulas mengenai keadaan kesemua banduan yang disahkan positif, Mohamed Jusoh berkata, kesemua mereka berada dalam keadaan stabil.

PKPD akan dilaksanakan di Penjara Reman dan kuarters Jabatan Penjara Pulau Pinang bermula 15 Oktober ini.
PKPD akan dilaksanakan di Penjara Reman dan kuarters Jabatan Penjara Pulau Pinang bermula 15 Oktober ini.

"Buat masa ini, mana-mana daripada mereka berada di tahap tiga, mereka akan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP). Banduan yang berada di tahap satu dan dua, mereka hanya akan ditempatkan di pusat Covid berisiko rendah.

Artikel Berkaitan:

"Kita juga mendapat bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi membantu pihak penjara membuat pemantauan di kawasan luar penjara," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah bersedia sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dijalankan di kawasan Penjara Reman Pulau Pinang.

Semalam, kerajaan Pulau Pinang melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pulau Pinang mencadangkan kepada kerajaan Pusat agar melaksanakan PKPD di Penjara Reman Pulau Pinang dan kuarters Jabatan Penjara Pulau Pinang.

Cadangan itu dibuat susulan peningkatan kes mencatatkan 141 kes aktif baharu Covid-19 di penjara tersebut.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di penjara itu sebanyak 160 kes termasuk banduan yang meninggal dunia pada 5 Oktober lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!