Annuar sindir Anwar lagi

Tangkap layar kenyataan Annuar di Twitternya sebentar tadi.
Tangkap layar kenyataan Annuar di Twitternya sebentar tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengumuman Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai sejumlah 120 sokongan ahli Parlimen bagi menubuhkan kerajaan baharu terus mendapat kritikan.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dipercayai turut menyindir Presiden PKR itu di laman Twitternya dengan menyifatkan ketua pembangkang itu sebagai seorang yang 'hebat'.

Ini berikutan beberapa pemimpin parti politik menafikan memberikan sokongan mereka terhadap Anwar termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali gus jumlah sokongan didakwa diterima Presiden PKR itu terus menimbulkan persoalan dan tanda tanya.

"Tun (Dr Mahathir Mohamad) tak sokong, Datuk Seri (Dr Ahmad) Zahid (Hamidi) tak sokong,Tan Sri Muhyiddin Yassin tak sokong, Datuk Seri (Mohd) Shafie (Apdal) tak sokong,Tok Guru (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tak sokong, (Datuk Seri Mohamed) Azmin (Ali) tak sokong, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tak sokong, Gabungan Parti Sarawak (GPS) tak sokong.

"Tapi dapat 120... hebat!!" ciapnya di Twitternya sebentar tadi.

Sebelum itu, Anwar juga sekadar mengemukakan jumlah ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau kepada Istana Negara, tanpa mengemukakan sebarang senarai nama untuk mengukuhkan dakwaan itu.

Susulan tindakan itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, menasihati Anwar untuk akur dan menghormati proses perundangan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam kenyataannya itu berkata, Presiden PKR itu mengemukakan jumlah ahli Parlimen terbabit ketika diterima menghadap Yang di-Pertuan Agong, selama kira-kira 25 minit, pagi tadi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!