Zahid menghadap Agong Khamis ini

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Khamis ini pada jam 5 petang.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia susulan perkembangan terbaru politik negara selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi tadi.

"Saya juga ingin memaklumkan bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Khamis jam 5 petang," katanya pada sidang media sebaik selesai Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.

Dalam pada itu, ditanya sama ada veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menghadap Yang di-Pertuan Agong dalam makluman parti itu, Ahmad berkata, pertemuan itu atas kapasiti peribadi.

"Ku Li (Tengku Razaleigh) telah dijemput atas undangan atas kapasiti peribadi pada pandangan kami," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!