Kean mampu jadi penyerang digeruni

Aksi Kean (kiri) ketika cuba melepasi kawalan pemain Poland, Bartosz Bereszynski pada aksi Liga Negara-Negara UEFA di Gdansk, Poland.
Aksi Kean (kiri) ketika cuba melepasi kawalan pemain Poland, Bartosz Bereszynski pada aksi Liga Negara-Negara UEFA di Gdansk, Poland.
A
A
A

PENGENDALI Itali, Roberto Mancini yakin bahawa pemain remaja gergasi Ligue 1, Paris St Germain (PSG), Moise Kean berpotensi untuk berkembang menyerlah sebagai penyerang digeruni pada masa depan.

Menurut pengendali Gli Azzurri berusia 55 tahun itu, pemain berusia 20 tahun berkenaan telah mempamerkan karakter yang luar biasa walaupun hanya diturunkan selama 20 minit ketika aksi menentang Poland di Stadion Energa Gdansk.

“Ya, Kean masih muda namun mampu menyaingi pemain-pemain senior Poland pada perlawanan berkenaan, ini sesuatu yang positif bagi kariernya pada masa depan.

“Saya percaya sekiranya Kean diberikan lebih banyak minit perlawanan dia akan lebih cepat matang dalam corak permainannya.

“Apa yang penting sekarang adalah untuk Kean meningkatkan tahap prestasi dan kekal berdisiplin serta terus belajar lagi,” katanya.

Kean pemain kelahiran Vercelli Italy itu adalah sebahagian daripada skuad Everton kendalian Carlo Ancelloti sebelum dipinjamkan satu musim ke Les Parisiens musim ini.

Tonggak depan itu dipinjamkan ke gergasi Ligue 1 itu setelah bergelut untuk mendapatkan tempat dalam slot The Toffees di Goodison Park.

Pada Ahad lalu, Kean memanfaatkan minit perlawanan diberikan Mancini apabila berjaya memaksa Poland berkongsi mata setelah kedua-dua pasukan melakar keputusan seri 0-0 pada aksi Liga Negara-Negara UEFA.

Artikel Berkaitan:

Itali yang kini berada pada kedudukan teratas Kumpulan 1 saingan Liga Negara-Negara UEFA dengan lima mata selepas dijadualkan menentang Belanda pada Khamis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!