Sweden kena agresif berdepan Ronaldo

Aksi pemain Perancis, Paul Pogba (kiri) ketika mengekang kelincahan Ronaldo pada saingan Liga Negara-Negara UEFA di Stade de France pada 11 Oktober lalu.
Aksi pemain Perancis, Paul Pogba (kiri) ketika mengekang kelincahan Ronaldo pada saingan Liga Negara-Negara UEFA di Stade de France pada 11 Oktober lalu.
A
A
A

PEMAIN tengah Sweden, Dejan Kulusevski mengakui sukar untuk menyekat kapten Portugal, Cristiano Ronaldo apabila kedua-dua pasukan berentap pada saingan Liga Negara-Negara UEFA di Lisbon awal pagi esok.

Sebagai rakan sepasukan dalam skuad Juventus, Kulusevski sedar barisan pertahanan Sweden perlu bekerja lebih keras bagi mengekang kelincahan pemain berusia 35 tahun itu.

“Sebenarnya tidak ada siapa yang dapat menghalang Ronaldo. Paling malang kepada pasukan lawan apabila Ronaldo memiliki hari yang baik dan ketika itu pasti dia akan menjaringkan gol.

“Saya pun tidak tahu bagaimana cara untuk menghentikan kelincahan Ronaldo. Tetapi anda sebenarnya harus lebih agresif untuk memastikan Ronaldo kecewa. Saya sendiri pernah merasai bagaimana perasaan kecewa apabila lawan melakukan tindakan sedemikian.

“Sebelum ini, kami cuba berusaha menghentikan momentum Ronaldo tetapi tetap gagal. Kami akan sekali lagi berhadapan dengannya di Lisbon dan kali ini diharapkan kami mampu menyekat pergerakan Ronaldo,” katanya.

Sebagai rekod, Ronaldo yang juga pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu meledak dua gol ketika skuad kendalian Fernando Santos itu melakar kemenangan 2-0 ke atas Sweden pada September tahun lalu.

Selepas mengharungi tiga perlawanan, Portugal kini mendahului Kumpulan C dengan merekodkan tujuh mata manakala Sweden berada di tangga tercorot tanpa sebarang mata.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!