‘Aku Ada Backup’ pelindung terbaik untuk geng motor

No Image Caption
A
A
A

Majoriti penunggang motosikal di negara ini terdiri daripada golongan berpendapatan rendah (B40) yang menggunakan motosikal untuk beberapa tujuan. Antaranya adalah minat terhadap motosikal, bergantung kepada motosikal untuk sumber rezeki dan pengangkutan serta kegunaan untuk mengisi masa lapang dengan rakan-rakan.

Namun masih terdapat segelintir daripada penunggang motosikal ini yang tidak mengambil berat tentang aspek keselamatan seperti memakai topi keledar, memiliki lesen dan keperluan mempunyai insurans perlindungan motosikal.

Oleh itu, Kurnia insurans telah melancarkan dua kempen berbentuk elemen taktikal; Aku Ada Backup dan kempen gerakan iaitu OK tak OK sebagai usaha mendidik serta membangkitkan kepekaan para penunggang motosikal tentang kepentingan aspek keselamatan mereka ketika di jalan raya.

Ungkapan popular OK tak OK

Kumpulan penunggang motosikal cukup dikenali dengan sikap prihatin dan bantu membantu antara mereka. Oleh itu, ungkapan umum atau popular yang digunakan oleh penunggang motosikal untuk memeriksa antara satu sama lain ialah OK tak OK. Ungkapan itu adalah simbol budaya keprihatinan untuk sesama penunggang. Ini juga merupakan istilah yang biasa dalam kalangan mat motor seperti ‘on tak on’, ‘kami tak laju’ dan ‘kami tak ramai’.

Polisi insurans motorcycle365 Comprehensive PLUS adalah produk perlindungan insurans yang memastikan semua penunggang motosikal dilindungi dengan baik. Itulah nilai persaudaraan.

Ideanya adalah untuk menghidupkan mesej Kurnia iaitu ‘kami sentiasa bersama anda’.

Kempen OK tak OK ini dilaksanakan melalui pelbagai platform komunikasi seperti:

Artikel Berkaitan:

- Pengaktifan luar

- laman web

- Iklan media sosial

Dua kempen kuatkan jenama Kurnia

No Image Caption



Seiring dengan kempen OK tak OK, ia dilengkapi pula dengan kempen berbentuk taktikal iaitu Aku Ada Backup sebagai pendedahan bagaimana Kurnia akan menjadi jenama utama dalam perlindungan kepada penunggang motosikal.

Aku Ada Backup membawa mesej bahawa ejen-ejen Kurnia merupakan orang yang sentiasa berada di sisi penunggang motosikal untuk membantu sekiranya mereka berhadapan dengan sebarang insiden ketika berada di jalan raya.

Kempen Aku Ada Backup ini bakal menguatkan lagi jenama dalam memastikan para penunggang motosikal selamat sama ada ketika keluar bekerja, santai bersama rakan-rakan atau melayan hobi dalam dunia permotoran.

Jadi hierarki mesej dalam kedua-dua kempen itu adalah ‘Kau OK tak OK?’, ‘Aku okay. Aku ada Backup’. Backup dalam kes ini merujuk kepada Kurnia dan motorcycle365 Comprehensive PLUS.

Kurnia berhasrat untuk menjadi syarikat insurans yang paling dipercayai oleh para pelanggannya dengan misi utamanya untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang lebih selamat.

Bagi mencapai hasrat itu, Kurnia menawarkan pelanggan mereka satu nilai polisi insurans terbaik dan pengalaman tuntutan yang hebat.

Dalam usaha menjadikan Kurnia sebagai syarikat insurans paling dipercayai terutamanya dalam kalangan penunggang motosikal, Kurnia menyediakan polisi insurans motosikal yang paling menyeluruh - motocycle365 Comprehensive PLUS.

Keistimewaan motocycle365 Comprehensive PLUS

No Image Caption



Polisi pelindungan insurans motosikal yang paling menyeluruh di pasaran.

1) Perlindungan pembonceng.

2) Indemniti berganda untuk kemalangan yang diinsuranskan ketika cuti umum di Malaysia sehingga RM10,000.

3) Yuran ambulans untuk pemegang polisi dan penunggang yang dibenarkan.

Bagi mengatasi isu masa tuntutan yang panjang, Kurnia sentiasa menambah baik proses tuntutan dan ia terbukti berhasil apabila proses tuntutan mereka kini adalah yang terpantas dalam industri.

Ini terbukti apabila Kurnia telah menerima Anugerah daripada Motordata Research Consortium Malaysia (MRC) pada Disember 2019 untuk masa kelulusan tuntutan anggaran terpantas untuk tuntutan kerosakan sendiri.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai polisi motorcycle365 Comprehensive PLUS, kempen dan peraduan, anda boleh klik pautan-pautan di bawah ini;

https://www.kurnia.com/motorcycle365-comprehensive-plus

- laman produk

https://oktakok.com.my/

- Portal pendidikan Kurnia untuk menunggang motosikal dengan selamat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!