Pasaraya Econsave nafi dikunjungi pesakit Covid-19

Berita palsu yang tular mengatakan seorang pesakit Covid-19 telah mengunjungi pasaraya Econsave di Taman Scientex Pasir Gudang pada Sabtu lalu. (Kanan: Mas Imran menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung berita palsu yang tular.)
Berita palsu yang tular mengatakan seorang pesakit Covid-19 telah mengunjungi pasaraya Econsave di Taman Scientex Pasir Gudang pada Sabtu lalu. (Kanan: Mas Imran menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung berita palsu yang tular.)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pasaraya Econsave di Taman Scientex Pasir Gudang menafikan berita yang tular berhubung terdapat seorang pesakit koronavirus (Covid-19) telah mengunjungi pasar raya terbabit pada Sabtu lalu.

Pengurusnya, Mas Imran Adam berkata, penularan berita melalui aplikasi WhatApps sejak Isnin itu telah menyebabkan pihak pengurusan pasar raya tidak menang tangan menjawab panggilan daripada orang awam yang mahu mendapatkan kesahihan berita itu.

Menurutnya, pihaknya telah merujuk perkara terbabit kepada pihak berkaitan di Talian Covid-19 dan mendapati berita terbabit palsu.

"Pengurusan pasar raya kesal dengan penyebaran berita palsu ini yang menimbulkan kebimbangan orang ramai selain turut menyebabkan pasar raya lengang berikutan jumlah pengunjung berkurangan.

"Diharapkan tindakan menyebar berita palsu ini dihentikan dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Dalam pada itu, difahamkan pihak pengurusan pasar raya juga sudah membuat laporan di Balai Polis Scientex berkenaan berita palsu itu semalam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!