'Tidak dedah senarai nama adalah satu strategi'

Anwar pada sidang media khas di sebuah hotel di ibu negara, semalam. - Foto: ROSLI TALIB
Anwar pada sidang media khas di sebuah hotel di ibu negara, semalam. - Foto: ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Ketika jumlah sokongan didakwa diterima Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi persoalan namun ada pihak menyifatkan ia dalam perancangan Anwar.

Blogger Pakatan Harapan (PH), Shahbudin Husin berpandangan tindakan Anwar tidak mendedahkan senarai nama ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau adalah sebagai satu ‘strategi’.

Menurutnya, strategi tidak mendedahkan siapa 120 ahli Parlimen yang menyokong Ketua Pembangkang itu adalah untuk mengelakkan mereka diganggu, ditekan atau mungkin ditawarkan habuan.

"Bukti sahih itu bagaimanapun bukanlah dalam bentuk senarai penuh siapa ahli Parlimen yang sudah setuju untuk menyokongnya.

"Anwar hanya memberikan jumlahnya saja, tetapi senarai siapa mereka yang berkenaan ada dalam kawalan ketua-ketua parti yang terbabit.

"Ia hanya akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong apabila ketua-ketua parti mula dipanggil menghadap ke Istana Negara bermula hari ini," kata Shahbudin diblognya hari ini.

Ia susulan perkembangan politik semasa selepas Presiden PKR itu menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin teruskan tugas seperti biasa

Artikel Berkaitan:

Abdul Hadi tidak menghadap Agong terdekat ini

Zahid tidak tahu pertemuan Tengku Razaleigh dengan Agong

Anwar menghadap Seri Paduka bagi mempersembahkan jumlah ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa menyokongnya sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Pada sidang akhbar selepas itu, Anwar berkata, beliau mendapat sokongan lebih 120 ahli Parlimen, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Istana Negara dalam kenyataan selepas itu mengesahkan Anwar telah mempersembahkan jumlah ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya kepada Yang di-Pertuan Agong, namun tidak menyenaraikan nama individu yang menyokongnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!