Crazy rich Malang hadiahkan menara buat isteri
JAKARTA - Kerana terlalu cintakan isteri, seorang lelaki di Indonesia sanggup memberikan menara mewah sebagai hadiah ulang tahun kelahiran buat wanita itu.
Hadiah istimewa diberikan Gilang Widya Pramana yang mendapat jolokan Crazy Rich Malang kepada isterinya, Shandy Purnamasari yang merupakan seorang pengusaha kosmetik dan dermawan juga menjadi tular di media sosial.
Gilang turut berkongsi kegembiraan itu menerusi akaun Instagram miliknya, @juragan_99 dengan kapsyen, 'Hadiah ulang tahun untuk orang paling istimewa, menara baharu di Jakarta!' yang telah mendapat lebih 31,000 tanda suka dan lebih 440 komen.
Kebanyakan pengguna media sosial terbabit kagum dengan tindakannya yang sanggup menghabiskan wang demi isteri tercinta.
Menurut Gilang, 31, dia sering memberikan kejutan buat isterinya.
"Pada tahun lalu, saya menghadiahkan telefon bimbit, rumah dan kereta untuknya. Alhamdulillah, rezeki saya bertambah kerana perniagaan saya, MS Glow semakin berkembang pesat.
"Saya terfikir untuk memberikan hadiah yang bermanfaat buatnya kerana dia sangat kuat bekerja. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk membeli menara untuknya," jelasnya tanpa mendedahkan harga sebenar premis tersebut.
Tambahnya lagi, gedung tersebut yang terletak di Pancoran, Jakarta Selatan akan dijadikan sebagai ibu pejabat perniagaan mereka. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!