Kerajaan umum darurat di Bangkok

Sejumlah penunjuk perasaan di Universiti Srinakharinwirot, Bangkok. - Foto AFP
Sejumlah penunjuk perasaan di Universiti Srinakharinwirot, Bangkok. - Foto AFP
A
A
A

BANGKOK - Kerajaan Thailand mengisytiharkan darurat dan melarang perhimpunan lebih daripada empat orang di Bangkok dan mengharamkan kenyataan di dalam talian yang bertujuan mengancam keselamatan negara semalam.

Arahan itu diadakan bagi mengelakkan satu tunjuk perasaan diadakan dan dibuat selepas para penunjuk perasaan menuntut supaya Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha meletakkan jawatan.

Sebelum ini, mereka berhimpun di luar kediaman Chan-o-cha semalaman dan bergaduh dengan sekumpulan penduduk yang setia dengan golongan beraja serta menentang pergerakan diketuai golongan muda yang mendesak perubahan berlaku dalam institusi beraja.

Para aktivis pelajar sebelum ini juga telah mengadakan demonstrasi besar-besaran sejak Julai lalu bagi mendesak Perdana Menteri yang merupakan bekas ketua tentera dan mengambil alih kuasa dalam satu rampasan kuasa enam tahun lalu supaya meletakkan jawatan.

Kata seorang jurucakap kerajaan, pengisytiharan itu membenarkan 'peralatan komunikasi elektronik, data dan senjata suspek yang menyebabkan situasi darurat dirampas'.

Jurucakap kerajaan, Anucha Burapachaisri berkata, Perdana Menteri telah mengarahkan polis untuk melakukan dakwaan ke atas 'para penunjuk perasaan yang menghalang rombongan kenderaan diraja' semalam.

Dakwaan juga akan dikemukakan ke atas 'mereka yang bertindak dengan cara yang mencemarkan monarki'.

"Mereka perlu menghadapi prosedur undang-undang tanpa pengecualian," katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan:

Selepas para penunjuk perasaan berarak ke Rumah Kerajaan, mereka berhimpun pada waktu malam dan menjerit ke arah Perdana Menteri supaya 'keluar' manakala sebahagian lagi berkhemah di luar bangunan itu.

Penganjur perhimpunan itu, Tattep Ruangprapaikitseree menegaskan keperluan untuk satu perlembagaan baharu negara tersebut yang sebelum ini mengikut acuan tentera pada tahun 2017.

Tunjuk perasaan yang diadakan semalam juga bertujuan untuk memperingati ulang tahun ke-47 kebangkitan pelajar pada tahun 1973 yang menyaksikan 77 orang terbunuh. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!