Anak lelaki bongsu Trump pula dijangkiti Covid-19

Barron Trump (kiri) dilaporkan dijangkiti Covid-19. - Foto AP
Barron Trump (kiri) dilaporkan dijangkiti Covid-19. - Foto AP
A
A
A

WASHINGTON - Barron Trump, anak lelaki bongsu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pula dilaporkan dijangkiti koronavirus (Covid-19).

Isteri Trump, Melania mengesahkan perkara itu pada semalam dan kenyataan mengenainya dimuat naik dalam blog Rumah Putih.

Trump dan Melania disahkan dijangkiti virus itu pada 3 Oktober lalu.

Agensi Anadolu melaporkan Barron pada awalnya diuji negatif tetapi hasil saringan berikutnya mendapati beliau positif Covid-19.

"Ketakutan saya menjadi kenyataan. Nasib baik dia masih remaja, kuat dan tidak menunjukkan sebarang gejala," kata Melania.

Trump ketika ditanya mengenai keadaan anaknya sebelum meninggalkan Rumah Putih untuk menghadiri kempen pilihan raya, berkata, Barron berada dalam keadaan baik-baik saja. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!