Lelaki cari siput dikhuatiri lemas

Peta menunjukkan lokasi mangsa yang hilang di perairan Pulau Keramat, Kampung Rampaian Laut, Kota Belud. Gambar kecil: Anggota APMM melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang di perairan Pulau Keramat, Kampung Rampaian Laut, Kota Belud.

A
A
A

KOTA BELUD - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas keluar mencari siput bersama tiga rakannya di perairan Pulau Keramat, Kampung Rampaian Laut di sini semalam.

Mangsa, Mohd Hafizan Abdul Muara, 21, hanya disedari hilang kira-kira jam 3 petang oleh rakannya yang turut bersama dalam kejadian itu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Mohd Rosli Abdullah berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima pada jam 6 petang semalam menerusi Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Sabah.

"Mangsa dikatakan keluar bersama tiga rakannya untuk mencari siput dengan berjalan kaki berhampiran Pulau Keramat.

"Mangsa disedari hilang oleh rakannya pada jam kira-kira jam 3 petang semalam dan usaha mencari mangsa turut dilakukan oleh penduduk kampung sejurus dimaklumkan oleh rakan-rakan mangsa," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Anggota APMM melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang di perairan Pulau Keramat, Kampung Rampaian Laut, Kota Belud.
Anggota APMM melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang di perairan Pulau Keramat, Kampung Rampaian Laut, Kota Belud.

Bagaimanapun Mohd Rosli berkata, mangsa tidak ditemui dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan pada kira-kira jam 7.30 malam.

"Usaha mencari mangsa gagal dan disambung pada jam 7 pagi tadi. Sektor pencarian dipecahkan kepada tiga sektor dengan keluasan 29 batu nautika persegi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!