666 kawasan di Lembah Klang berdepan gangguan air

Reaksi seorang pemuda ketika mengambil air bersih yang disediakan oleh Syarikat Air Selangor berikutan masalah gangguan air yang berlaku di Selangor dan Lembah Klang baru-baru ini.
Reaksi seorang pemuda ketika mengambil air bersih yang disediakan oleh Syarikat Air Selangor berikutan masalah gangguan air yang berlaku di Selangor dan Lembah Klang baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengguna di sekitar Lembah Klang bakal berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual susulan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) terpaksa dihenti tugas separa, hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, LRA itu terpaksa dihenti tugas bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan kebocoran paip yang menyalurkan bekalan air terawat.

Menurut Elina, kerja-kerja pembaikan itu dijangka siap sepenuhnya jam 8 pagi, esok.

"Berikutan itu, bekalan air akan ditutup jam 9 malam ini dan bakal menyebabkan gangguan tidak berjadual di 666 kawasan melibatkan Wilayah Petaling, Gombak, Klang, Shah Alam, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor yang menerima bekalan dari LRA SSP 1," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Elina berkata, pengguna disarankan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakannya secara berhemah.

Tambah beliau, Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden ini dari masa ke masa menerusi semua medium media massa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!