Peningkatan kes hasil saringan di 11 zon merah

Peningkatan kes Covid-19 di Sabah disebabkan hasil saringan lapangan yang diperluaskan dan bersasar di kawasan jangkitan di 11 zon merah di Sabah.
Peningkatan kes Covid-19 di Sabah disebabkan hasil saringan lapangan yang diperluaskan dan bersasar di kawasan jangkitan di 11 zon merah di Sabah.
A
A
A

KOTA KINABALU - Peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di Sabah adalah disebabkan hasil saringan lapangan yang diperluaskan dan bersasar di kawasan jangkitan di 11 zon merah di Sabah.

Sehubungan itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun meminta rakyat di Sabah tidak panik dengan peningkatan kes itu.

"Walaupun laporan harian menunjukkan kes Covid-19 agak tinggi setiap hari di Sabah, rakyat diminta untuk tidak panik dan kekal tenang.

"Peningkatan kes di Sabah juga adalah disebabkan hasil saringan lapangan yang diperluaskan serta bersasar di kawasan jangkitan 11 daerah zon merah iaitu Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tuaran, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Sandakan, Papar dan Kota Belud," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Masidi meminta masyarakat di negeri ini yang bergejala dan mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 segera membuat saringan.

"Kerajaan merayu kerjasama masyarakat yang bergejala dan mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 untuk segera membuat saringan di hospital atau klinik berhampiran di kawasan masing-masing," katanya.

Pasukan KKM membuat saringan di zon merah Kota Kinabalu.
Pasukan KKM membuat saringan di zon merah Kota Kinabalu.

Masidi turut berkata, perkembangan laporan kes positif Covid-19 harian di Sabah hari ini mencatatkan sebanyak 451 kes.

Artikel Berkaitan:

"Berdasarkan laporan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) hari ini, bilangan kematian adalah empat orang dan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negeri ini adalah sebanyak 6,737.

"Sehingga hari ini, seramai 2,596 pesakit dilaporkan telah sembuh dan pada hari ini, seramai 4,086 pesakit sedang menerima rawatan di dalam wad," katanya.

Terdahulu, Kota Kinabalu kekal mencatat jumlah kes positif tertinggi di Sabah diikuti Tawau (76), Semporna (73) Lahad Datu (42), Sandakan (40) dan Tuaran (34).

Manakala di Papar mencatat 21 kes, Penampang (17) Kota Belud (16), Beaufort dan Putatan masing-masing 10 kes, Kunak (7), Ranau (6) Keningau (3), Kinabantangan (2) manakala Tambunan dan Tenom masing-masing satu kes.

Beliau yang juga Menteri Kewangan II berkata, sebanyak 42, 580 bakul makanan telah diagihkan sehingga hari ini kepada golongan sasar.

Masidi dalam pada itu turut memaklumkan akan mengadakan sidang media pada setiap hari esok untuk memberi status terkini penularan Covid-19 di Sabah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!