1,587 permohonan rentas negeri diterima IPD Gombak

Arifai (tengah) melakukan pemeriksaan sewaktu Operasi Khas Pematuhan SOP PKPB yang dijalankan malam tadi.
Arifai (tengah) melakukan pemeriksaan sewaktu Operasi Khas Pematuhan SOP PKPB yang dijalankan malam tadi.
A
A
A

GOMBAK - Sebanyak 1,587 permohonan rentas negeri diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 1,555 permohonan diluluskan.

"Kebanyakan yang diluluskan kerana urusan kecemasan seperti rawatan perubatan, kematian atau urusan-urusan lain yang dibenarkan.

"Baki 32 yang ditolak kerana didapati permohonan (alasan) itu adalah remeh seperti ingin bercuti di negeri lain, menghantar anak balik kampung atau menghadiri majlis perkahwinan," katanya selepas menyertai Operasi Khas Pematuhan Standard Prosedur Operasi (SOP) PKPB di Plaza Tol Gombak malam tadi.

Seorang warga asing yang ditahan semasa Operasi Khas Pematuhan SOP oleh IPD Gombak malam tadi.
Seorang warga asing yang ditahan semasa Operasi Khas Pematuhan SOP oleh IPD Gombak malam tadi.

Dalam operasi pematuhan itu, pemeriksaan turut dilakukan di beberapa restoran sekitar Selayang Baru dan tempat tumpuan orang ramai.

Arifai berkata, pemeriksaan tersebut bagi memastikan orang awam mematuhi SOP seperti mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera atau menulis nama, memeriksa suhu badan dan menggunakan cecair pencuci tangan.

"Kebanyakan pelanggan dan pemilik premis telah mematuhi SOP yang ditetapkan, namun terdapat juga yang gagal berbuat demikian.

Artikel Berkaitan:

"Sebanyak tujuh kompaun dikeluarkan kepada individu dan pemilik premis serta menangkap dua warga asing yang berniaga melebihi masa yang ditetapkan," katanya.

Antara individu yang dikenakan kompaun malam tadi.
Antara individu yang dikenakan kompaun malam tadi.

Katanya, tangkapan serta kompaun diambil di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (B) Akta 342 dibaca bersama Peraturan 11 Peraturan- Peraturan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2020.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!