Tular video lelaki menjerit ke arah Guan Eng

Paparan skrin video yang tular di media sosial.
Paparan skrin video yang tular di media sosial.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Tindakan pantas polis berjaya menghalang seorang lelaki daripada terus mencetuskan provokasi terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pada Majlis Penutup 8TV CNY Grand Bazaar di tempat letak kereta Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini, malam ini.

Kekecohan hampir tercetus apabila lelaki itu cuba melakukan provokasi dengan mengungkapkan kata-kata 'panas' yang tidak difahami.

Lelaki berusia 30-an itu yang kelihatan berlegar di kawasan terbabit tiba-tiba menjerit ke arah Guan Eng yang sedang beredar menuju kereta selepas menghadiri majlis berkenaan.

Bagaimanapun tindakan lelaki itu tidak mendapat perhatian Guan Eng apabila beliau terus menaiki kenderaannya dan meninggalkan lokasi berkenaan.

Video lelaki itu tular di media sosial dan difahamkan lelaki berkenan telah ditahan polis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!