Taliban sedia 'kongsi kuasa'
ISLAMABAD - AFGHANISTAN. Taliban, semalam memaklumkan ia tidak cuba memonopoli kuasa dalam pentadbiran masa depan di Afghanistan.
Jurucakap gerakan itu, Shaheen Suhail menerusi mesej audio dari Qatar turut menjelaskan mereka mencari jalan untuk bekerjasama dengan institusi di Islamabad.
Jelasnya, Taliban mahu 'hidup bersama' rakyat Afghanistan apabila tentera Amerika Syarikat (AS) dipanggil pulang ke negara mereka.
"Kami mahu hidup secara tolak ansur dan memulakan hidup seperti saudara kerana kami percaya Islamabad merangkumi semua," ujarnya.
Kenyataan 'berdamai' itu dikeluarkan selepas rundingan bersama wakil Amerika Syarikat untuk menyelesaikan peperangan selama 17 tahun negara itu menunjukkan perkembangan positif.
Isnin lalu, Taliban mencapai persetujuan terhadap rangka kerja perjanjian damai dengan kerajaan dilihat sebagai langkah terbesar untuk menamatkan konflik selama hampir dua dekad yang telah meragut puluhan ribu nyawa. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!