Mesej tular 'KakNa' palsu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan hantaran melalui media sosial oleh seorang yang dikenali sebagai KakNa yang mendakwa seorang wanita yang balik dari Sabah sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan virus koronavirus (Covis-19) walaupun telah dua kali negatif ujian calitan.
KKM menegaskan dakwaan virus dari Sabah lebih bahaya kerana hanya dapat dikesan setelah menyerang sistem pernafasan adalah tidak benar dan menasihati orang ramai agar berhenti berkongsi mesej tersebut. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!