Covid-19: Masjid, surau KL dan Putrajaya disaran solat hajat

Jawi saran solat hajat diadakan selepas solat Maghrib selama tiga hari bermula esok serta selepas Solat Jumaat pada Jumaat ini bertujuan memohon kepada ALLAH supaya penularan wabak dapat diatasi segera. Gambar hiasan.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyarankan semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL) dan Putrajaya untuk melaksanakan solat hajat dan doa selamat susulan penularan koronavirus (Covid-19).

Pengarah Jawi, Mohd Ajib Ismail berkata, solat hajat itu disaran diadakan selepas solat Maghrib selama tiga hari bermula esok serta selepas Solat Jumaat pada Jumaat ini bertujuan memohon kepada ALLAH supaya penularan wabak dapat diatasi segera.

“Jawi menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas titah perintah kesemua masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa selamat memohon ihsan ALLAH agar penularan wabak Covid-19 dapat dibanteras dengan berkesan dan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!