Beri tempoh setahun kepada Muhyiddin
SHAH ALAM - Hentikan politik rakus melalui gencatan politik dengan memberi tempoh setahun kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengukuhkan semula ekonomi dan pandemik koronavirus (Covid-19).
Itu saranan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berhubung kemelut politik pada masa ini ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19.
“Selepas setahun, baru kita buka kitab ‘rejam-merejam’. Kita belajar daripada kegetiran ini, baru Melayu ada kelas.
“Ikhlas saya katakan kalau Perdana Menteri ketujuh tidak meletak jawatan tanpa angin tanpa ribut pada Februari lalu, negara tak akan jadi macam ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Mengulas lanjut, beliau berkata, politik negara ketika ini nampak rapuh disebabkan perebutan jawatan Perdana Menteri dalam kalangan individu yang tidak memikirkan aspek keselamatan dan ekonomi.
Dalam pada itu, katanya, pembangkang terutama DAP tidak banyak bersuara sebaliknya memerhati sambil tersenyum melihat gelagat politik Melayu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!