Beberapa militan Boko Haram maut di Nigeria
ABUJA - Beberapa militan Boko Haram terbunuh semasa tentera melancarkan operasi di timur laut Borno, Nigeria, lapor agensi berita Xinhua.
Serangan udara menyasarkan tempat persembunyian kumpulan pengganas Boko Haram di kawasan Dikwa kelmarin, kata jurucakap tentera, John Enenche semalam.
Tindakan itu lanjutan daripada operasi ketenteraan berterusan dilancarkan di bahagian negara itu, kata Enenche.
Tambahnya, jet pejuang dan helikopter tempur dikerahkan secara bergilir-gilir ke lokasi terlibat, mengakibatkan beberapa pengganas maut serta kawasan persembunyian dimusnahkan.
Boko Haram berusaha untuk mewujudkan sebuah negara Islam di timur laut Nigeria sejak tahun 2009 selain memperluas serangannya ke negara-negara di lembangan Tasik Chad. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!