PKNP FC akhirnya ada gelanggang sendiri

Zainol Fadzi turut melancarkan Kelab Penyokong PKNP FC dan Kad Semusim sempena majlis tersebut.
Zainol Fadzi turut melancarkan Kelab Penyokong PKNP FC dan Kad Semusim sempena majlis tersebut.
A
A
A

SETELAH terpaksa berkelana dan bermain di beberapa stadium musim lalu, PKNP FC akhirnya akan bermain di gelanggang sendiri.

Presiden PKNP FC, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, pihaknya mendapat pelawaan daripada Majlis Perbandaran Manjung (MPM) untuk menggunakan stadium mereka sebagai gelanggang rasmi bagi PKNP FC musim ini.

Menurutnya, kemudahan Stadium MPM yang dibina untuk kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 tahun lalu itu akan dimanfaatkan sebaiknya.

"Alhamdulillah pihak Malaysian Football League (MFL) telah membuat lawatan memeriksa dan kita telah menepati aspek yang ditetapkan.

"Stadium ini dikategorikan sebagai stadium yang layak untuk bermain pada waktu malam," katanya kepada pemberita, malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas membuat Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pemain PKNP FC di Stadium MPM, di sini.

Zainol Fadzi berkata, Stadium MPM mampu memuat 14,000 hingga 18,000 penyokong dalam satu-satu masa.

"Saya sendiri agak terkejut dengan sambutan peminat bola sepak di Manjung. Amat jarang melihat crowd yang begitu ramai bagi sesi pelancaran jersi sepanjang empat tahun ini. Apa pun saya bersyukur.

Artikel Berkaitan:

"Pengalaman mereka bermain di Stadium Batu Kawan tak ada penyokong. Jadi

Saya cuba promosikan kad bermusim. Saya pun tak jangka setakat hari ini lebih 200 kad sudah ditempah walaupun belum dijual secara rasmi," katanya.

Dalam pada itu, Zainol Fadzi berkata, pihaknya turut melancarkan Kelab Penyokong PKNP FC sebagai satu langkah positif untuk menyemarakkan semangat penyokong.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!