Selebriti media sosial jual minyak wangi tiruan

KPDNHEP membuat pemeriksaan di sebuah kondominium di Seri Kembangan, Kajang hari ini.
KPDNHEP membuat pemeriksaan di sebuah kondominium di Seri Kembangan, Kajang hari ini.
A
A
A

KAJANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membongkar kegiatan penjualan minyak wangi tiruan yang didalangi selebriti media sosial di sebuah kondominium di Seri Kembangan di sini hari ini.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, operasi bermula kira-kira jam 3 petang itu menemui lebih 1,000 botol minyak wangi disyaki tiruan di dalam rumah berkenaan yang dianggarkan bernilai RM150,000.

"Siasatan mendapati kegiatan itu dilakukan seorang wanita berusia 26 tahun dengan menggunakan platform media sosial untuk melakukan iklan dan penjualan.

"Pemeriksaan juga menemui slip penghantar barangan, set yang digunakan untuk siaran langsung dan kotak pembungkusan," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan hari ini.

Minyak wangi yang ditemui di sebuah kondominium di Seri Kembangan, Kajang hari ini.
Minyak wangi yang ditemui di sebuah kondominium di Seri Kembangan, Kajang hari ini.

Muhamad Zikril berkata, pihaknya mendapati minyak wangi berkenaan dijual dengan harga RM150 hingga RM200 sebotol dan mendakwa ia merupakan asli.

Malah, katanya, wanita itu juga mengaku meraih keuntungan lebih RM10,000 sebulan hasil kegiatan terbabit.

"Siasatan masih dijalankan dan wanita terbabit akan dirakam keterangan untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

“Kes disiasat mengikut Seksyen 102 (1)(b) Akta Cap Dagangan 2019," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!