SK Seri Sentosa ditutup seminggu

SK Seri Sentosa di Nibong Tebal diarahkan tutup seminggu bermula hari ini sehingga 26 Oktober ini.
SK Seri Sentosa di Nibong Tebal diarahkan tutup seminggu bermula hari ini sehingga 26 Oktober ini.
A
A
A

NIBONG TEBAL - Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sentosa di Jalan Victoria di sini akan ditutup selama seminggu bermula hari ini susulan terdapat laporan kes positif wabak koronavirus (Covid-19) di sekolah tersebut.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, pihaknya sudah mengeluarkan arahan tersebut untuk kerja pembersihan dan sanitasi.

Menurutnya, sekolah tersebut akan ditutup sehingga 26 Oktober ini.

"Sebelum ini mana-mana sekolah yang disahkan ada kes positif Covid-19 akan ditutup selama seminggu untuk membolehkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi dilakukan.

"Oleh kerana terdapat satu kes positif Covid-19 di sekolah itu, JPN Pulau Pinang mengarahkannya supaya ditutup selama seminggu bermula hari ini sehingga 26 Oktober," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Abdul Rashid berkata, sehingga kini, hanya sebuah sekolah di negeri itu diarahkan tutup.

"Pentadbiran sekolah perlu memastikan guru bekerja dari rumah dengan sewajarnya. Setakat ini, hanya sebuah sekolah ditutup.

"Mengenai jumlah kes aktif, itu saya tidak mahu komen," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada 1 Oktober lalu, SK Permatang Janggus di Penaga, Kepala Batas ditutup selama lapan hari apabila seorang guru wanita disahkan positif Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru SK Permatang Janggus positif Covid-19

Guru wanita itu dilaporkan tidak sihat ketika di sekolah sebelum dia pergi mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Kedah.

Difahamkan guru wanita itu merupakan isteri kepada seorang ahli politik di Kedah yang berkempen di Sabah ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

Kira-kira 600 murid di sekolah berkenaan menjalani ujian terbabit dan mereka diarahkan kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan keluar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!