Rumah dijilat api, al-Quran tidak terbakar

Orang ramai tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat sendiri 'keajaiban' itu. - Foto Agensi
Orang ramai tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat sendiri 'keajaiban' itu. - Foto Agensi
A
A
A

SURABAYA - Senaskah al-Quran ditemui masih dalam keadaan baik di sebuah rumah yang terbakar di Surabaya, Indonesia hingga menyebabkan lokasi itu menjadi tumpuan ramai.

Menurut ahli keluarga terdekat mereka, penduduk setempat di Jalan Dapuan Tegal IX terkejut apabila mereka melihat al-Quran terbabit tidak hangus dijilat api dalam kebakaran yang berlaku pada Ahad lalu.

"Ramai orang datang ke sini untuk mengambil gambar al-Quran tersebut. Buku Yasin juga tidak terjejas dalam kejadian itu," kata Agung.

Jelasnya, penduduk luar juga sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikan sendiri keajaiban itu.

"Mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat sendiri al-Quran tersebut selepas ia menjadi tular di media sosial," ujarnya lagi.

Difahamkan, al-Quran tersebut kini disimpan oleh keluarga pemilik rumah itu yang dikenali sebagai Suwardji. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!