Inter Milan dituntut fokus berdepan Monchengladbach

Lautaro Martinez
Lautaro Martinez
A
A
A

PELEDAK Inter Milan perlu lebih tajam bagi memastikan aksi pertama peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang kelab Bundesliga, Borussia Monchengladbach berakhir dengan keputusan positif.

Menurut penyerang Inter, Lautaro Martinez, kelab kendalian Antonio Conte itu tiada pilihan kecuali menewaskan kelab Jerman berkenaan sekiranya berhasrat meneruskan saingan pada saingan kali ini.

"Aksi peringkat kumpulan adalah persaingan paling penting sebenarnya kerana ini peringkat perbezaan ketara setiap kumpulan.

"Jadi sebab itu saya nyatakan sekali lagi sepanjang tempoh ini pemain-pemain harus memberikan fokus sepenuhnya untuk 90 hingga 95 minit.

“Ketika melakukan serangan pastikan tumpuan sepenuhnya adalah untuk menjaringkan gol sekali gus tiga mata untuk kelab ini," katanya yang tampil bersama Inter dengan status naib juara Liga Europa.

Pemain kelahiran Argentina berusia 23 tahun itu menyertai Inter sejak 2018 dari kelab Argentina, Racing Club, kini memasuki musim ketiga di San Siro memulakan musim baharu dengan baik apabila menjaringkan tiga gol dan satu bantuan gol dalam empat penampilan pertamanya.

Skuad Conte bakal melayan Monchengladbach di Stadium San Siro sebelum berdepan juara 13 kali, Real Madrid diikuti gergasi Ukraine, Shakhtar Donetsk sepanjang peringkat kumpulan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!