Menang RM1,000 setiap minggu
SHAH ALAM - Pengikut media sosial Sinar Harian berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai RM1,000 pada setiap minggu dengan menyertai Peraduan Klik Sinar Harian Di Hatiku.
Koordinator Advertorial Sinar Harian, Asmaliza Mansor berkata, peraduan yang sudah memasuki minggu ketiga itu dianjurkan khusus untuk menghargai pengikut laman Facebook, Twitter dan Instagram Sinar Harian.
“Caranya mudah sahaja. Terlebih dahulu like Facebook dan Twitter serta follow Instagram Sinar Harian. Kemudian muat naik gambar-gambar berserta kapsyen menarik di media sosial dan sertakan hashtag #sinarhariandihatiku,” katanya di sini semalam.
Asmaliza berkata, pemenang mingguan akan dipilih pada hari Ahad setiap minggu dan dinilai berdasarkan kreativiti gambar serta slogan yang paling menarik.
“Selain itu, sebanyak 1,000 penyertaan akan dipilih untuk menerima baju-T eksklusif daripada Sinar Harian,” katanya.
Asmaliza berkata, Peraduan Klik Sinar Harian Di Hatiku dianjurkan bersama Peraduan Sinar Harian Di Hatiku yang menawarkan hadiah wang tunai RM60,000.
“Peraduan bermula 5 Oktober hingga 29 November depan. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kedua-dua peraduan ini yang menyediakan hadiah lumayan,” katanya.
Asmaliza berkata, selain wang tunai peraduan utama iaitu Peraduan Sinar Harian Di Hatiku bertemakan Malaysia Indah menawarkan pelbagai barangan menarik.
Beliau berkata, pemenang hadiah utama bakal membawa pulang wang tunai RM30,000 diikuti tempat kedua RM8,000 dan ketiga RM2,000 serta lima hadiah sagu hati masing-masing RM1,000.
Menurutnya, penyertaan paling kreatif turut berpeluang memenangi hadiah bonus berupa wang tunai RM5,000.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!