Sekolah di Midwest tutup ekoran cuaca sejuk melampau
CHICAGO - AMERIKA SYARIKAT. Penurunan suhu susulan cuaca sejuk melampau di seluruh wilayah Midwest Amerika Syarikat (AS) menyebabkan penutupan sekolah, premis perniagaan dan beberapa pejabat kerajaan negeri.
Perkhidmatan Pos AS turut mengambil langkah menangguhkan penghantaran surat di seluruh wilayah berkenaan.
Lebih daripada 1,600 penerbangan terpaksa dibatalkan di Chicago, termasuk lebih 1,300 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare yang merupakan salah satu lapangan terbang terbesar di AS.
Putaran udara artik yang berpecah daripada vorteks kutub menyebabkan penurunan suhu antara -23 hingga -40 darjah Celcius di seluruh Midwest, menjadikan cuaca di kawasan terbabit lebih lebih sejuk daripada Antartika.
Dalam pada itu, pihak berkuasa di beberapa bandar memfokuskan usaha melindungi penduduk termasuk gelandangan, daripada cuaca sejuk yang mampu mengancam nyawa. - AP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!